Bask Bear Coffee, jenama minuman tempatan kini terus menggandakan usaha perkembangan operasi mereka di Malaysia – dengan menyasarkan buka 7 cawangan pandu-lalu di pasaran negara. Ini meliputi perkembangan khidmat di Pulau Pinang, Kedah dan Timur Malaysia menjelang akhir 2023.
Perancangan ini menurut syarikat induknya – Loob Holdings adalah pertimbangan awal, terdapat kemungkinan jumlah kiosk pandu-lalu tersebut akan diperluaskan di lebih banyak cawangan. Setakat ini perluasan tersebut telah dilaksanakan di Johor dan Melaka.
Menerusi perkembangan itu, tindakan ini akan meningkatkan kemudahan pengguna untuk meraih akses minuman dan makanan Bask Bear tanpa perlu masuk ke cawangan fizikal mereka. Ia tidak sekadar pantas malah lebih menjimatkan masa dan ruang.
Buat pengetahuan selain perluasan kiosk pandu-lalu Bask Bear ini, jenama sebelum ini turut meningkatkan usahasama cawangan mereka bersama syarikat jenama lain. Antaranya Pos Malaysia, Shell dan AmBank. Adanya perkembangan ini, ia akan meningkatkan lagi kapasiti pelanggan Bask Bear di seluruh Malaysia.