Artikel

Kadar Bilik Hotel Berpotensi Naik Sehingga 30% – Kesan Peningkatan Cukai Perkhidmatan Kelak

Harga khidmat penginapan seperti di hotel dijangka bakal alami peningkatan dengan lonjakan kadar bilik berupaya mencapai sehingga 30% – mulai tahun hadapan. 

Situasi ini didorong hasil tindakan pentadbiran yang bakal melaras naik cukai perkhidmatan kepada 8% ke atas sektor ekonomi terpilih. Namun jangkaan peningkatan itu masih tidak diketahui secara menyeluruh berikutan tiada perincian lanjut berhubung tempoh sebenar pelaksanaan naik cukai perkhidmatan tersebut.

Menurut makluman TMI, Persatuan Hotel Malaysia (MAH) setakat ini kebanyakan pengusaha hotel masih belum laksana sebarang keputusan berikutan tiada maklumat lanjut berkenaan kenaikkan itu. 

Berdasarkan perkongsian awal bajet lalu, antara sektor perkhidmatan yang tidak akan dikenakan cukai perkhidmatan 8% adalah perkhidmatan makanan, minuman dan telekomunikasi. Sementara sektor khidmat yang berpotensi berdepan kenaikan tersebut adalah antaranya pusat hiburan.