Kurang daripada 20 tahun mendatang, Malaysia bakal memperlihatkan pelbagai usaha pembangunan menerusi Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL 2040) – yang kini telahpun meraih kelulusan di peringkat pentadbiran negara.
PSKL 2040 ini dimaklumkan telah dilulus pada 4 Oktober lalu dan diwartakan pada 19 Oktober 2023. Di mana pelan ini akan menggantikan Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 yang telah diwartakan pada 2004 lalu.
Melalui aturan tersebut pelan pembangunan KL ini akan memaparkan langkah pembangunan di bawah dua perancangan iaitu Pelan Struktur dan Pelan Tempatan. Menerusi PSKL 2040 ia akan bertindak selaku medium perancangan yang menetapkan matlamat, dasar, serta cadangan bagi pembangunan 20 tahun mendatang.

Sementara Pelan Tempatan Kuala Lumpur 2040 (PTKL 2040) pula ketika ini masih dirangka dan akan dipamer kelak pada awal Januari 2024.
Adanya usaha pemerkasaan pembangunan ini, ia dijangka akan menyokong Malaysia meraih piawaian perancangan global sepertimana yang diselaraskan di bawah Agenda Perbandaran Baru (NUA) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).