Artikel

Penumpang MYAirline Yang Terjejas, Kini Boleh Tuntut Bayaran Balik – MOT

Penumpang MYAirline yang terkesan disebabkan penggantungan operasi sebelum ini, kini dimaklumkan boleh menuntut semula bayaran tersebut meskipun tarikh tiket penerbangan itu telahpun luput.

Langkah ini boleh dilaksanakan dengan ikuti proses caj balik menurut Kementerian Pengangkutan (MOT). Tindakan tersebut merangkumi penumpang yang membeli tiket menerusi kad kredit, kad debit serta debit terus (FPX). Ini bermakna para penumpang boleh laksana semakan lanjut bersama pihak MYAirline dan perbankan berkaitan untuk perincian seterusnya.

Berlandaskan data semasa, seramai 117,461 penumpang telah terkesan akibat penggantungan tersebut dan jumlah harga tiket yang dijual sehingga Mac 2024 kelak dianggarkan bernilai lebih RM22 juta.

Aturan perolehan semula kerugian ini mengikut MOT telah mendapat jaminan Bank Negara Malaysia (BNM) bersama Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM).