Pentadbiran negara kini memperkenalkan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah bagi membolehkan para peniaga terlibat meraih manfaat pengurangan kos disebalik pembelian barangan keperluan perniagaan mereka.
Pengenalan kad diskaun khas ini secara langsung menawarkan potongan sehingga 40% buat para peniaga Menu Rahmah. Berdasarkan perincian pengurangan kos ini merangkumi pembeliann bekalan seperti ayam, bawang serta barangan asas lain.
Adanya insiatif menerusi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) ini ia akan menggalakkan kumpulan peniaga perkasakan tawaran jualan makanan dan minuman yang berpatutan kepada pengguna Malaysia.
Setakat ini, terdapat 2,849 premis makanan berdaftar telah menawarkan Menu Rahmah dan akan meraih manfaat tersebut bersama 6 pasaraya yang berkaitan seperti AEON Big, Econsave, Giant, Lotu’s, Mydin dan NSK.