Dalam usaha meneroka pasaran antarabangsa – Capital A kini bertindak laksana kesepakatan bersama syarikat tersenarai bursa saham NASDAQ iaitu Aetherium Acquisition Corp yang merupakan Syarikat Pemerolehan Tujuan Khas (SPAC) dengan menandatangani Surat Hasrat bagi menggabungkan perniagaan yang dicadangkan iaitu, Capital A International yang bakal ditubuhkan kelak.
Menerusi Capital A International yang bertindak selaku syarikat pembangunan pelaburan dan strategik baharu operasi ini, kumpulan menjangkakan cabang ini berpotensi menghasilkan pendapatan daripada royalti jenama, penyewaan pesawat, yuran perkhidmatan perundingan dan pengurusan penerbangan. Malah perolehan turut dapat diraih melalui penyediaan platform bersama kumpulan usahawan.
Adanya sasaran ini, ia sekaligus tidak sekadar membantu Capital A menamatkan era status PN17 tetapi turut akan membuka ruang penyenaraian awam di AS bagi aset-aset tertentu Capital A.
Menurut perkongsian rasmi, penggabungan perniagaan yang dicadangkan ini akan didasari berasaskan nilai ekuiti yang disyorkan sebanyak $1 bilion. Nilai diraih menerusi penilaian bebas terhadap jenama AirAsia. Melalui perluasan ini ia akan membantu Capital A meluaskan lagi akses modal operasi selain melonjakkan profil perdagangan mereka di peringkat global.