Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini memaklumkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) kini dikekalkan pada paras 3.00%.
Pengekalan paras OPR 3.00% ini sekaligus menjadikan ia paras kali keempat selepas dilaksanakan sebanyak 3 kali sejak Mei 2023 lalu, diikuti Julai 2023 dan September 2023.
Buat pengetahuan umum, pelarasan kekal ini telah dicapai hasil kesepakatan sidang Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) berdasarkan petunjuk ekonomi semasa. Meskipun pertumbuhan negara dilihat lebih perlahan namun permintaan doomestik di negara kekal mengukuh menjadikan perkembangan ekonomi pada tahun 2023 ini kekal positif.
Tidak hanya itu, aliran inflasi berterusan memperlihatkan penurunan didorong tekanan kos diperingkat pengeluar yang semakin melandai. Setakat ini inflasi negara diparas 1.9%, menjadikan antara yang terendah berbanding paras inflasi negara serantau yang lain.
Bagaimanapun BNM akui negara perlu kekal laksana langkah berwaspada susulan permintaan ekonomi semasa ketika ini alami ketidaktentuan disebabkan konflik Timur Tengah, dan perubahan iklim. Kedua isu ini secara langsung berupaya memberi kesan kepada rantaian bekalan dan aliran eksport di peringkat dunia.