Artikel

Cukai Barangan Mewah Akan Dilaksana Mulai 1 Mei 2024 Ini

Sepertimana yang dibentangkan pada Belanjawan 2024 bulan lalu – kerajaan melalui Perdana Menteri Anwar Ibrahim kini mengumumkan akan melaksanakan Cukai Barangan Mewah Bermula 1 Mei 2024 kelak. 

Bagaimanapun pendekatan pelaksanaan cukai ini akan diperincikan dalam masa terdekat dan difahamkan penguatkuasaannya akan meliputi barangan seperti barang kemas, jam tangan serta aset tertentu.

Senarai kategori barangan tersebut turut akan diperjelaskan dalam masa terdekat kelak. PM Anwar merangkap Menteri Kewangan (MOF) turut memaklumkan sebarang pelaksanaan cukai baharu akan diselaraskan mengikut pertimbangan ekonomi semasa bagi jangka pendek serta jangka masa sederhana.