Artikel

Lesen MYAirline Kini Digantung Serta-Merta – MAVCOM

Rentetan penjelasan yang kurang memuaskan diraih pihak Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) daripada operasi penerbangan MYAirline berhubung isu kumpulan menangguhkan perkhidmatan mereka secara mengejut pada 12 Oktober lalu. MAVCOM kini bertindak menggantungkan lesen khidmat udara (ASL) MYAirline serta-merta.

Tidak hanya itu, terdapat juga pertimbangan untuk pihak MAVCOM membatalkan ASL MYAirline – akan tetapi aturan itu dijangka akan menyukarkan proses operasi untuk laksana pembayaran semula kepada para penumpang yang telah alami kerugian berikutan penangguhan khidmat mereka.

Untuk makluman umum seramai 125,000 penumpang MYAirline telah terkesan akibat tindakan penangguhan perkhidmatan penerbangan dan dianggarkan langkah itu membawa kepada kerugian berjumlah lebih RM20 juta.

Berdasarkan makluman awal, isu ini tercetus disebabkan kumpulan berdepan tekanan status kewangan dan difahamkan dalam langkah penstrukturan semula operasi.