Artikel

MOF : OPR Mungkin Jadi Lebih Tinggi, Sekiranya Tambat Ringgit

Pentadbiran Malaysia ketika ini tidak bercadang serta kekal dengan pendirian untuk tidak laksana sebarang tindakan menambat ringgit dan kawalan tukaran mata wang asing – sepertimana yang dilaksanakan ketika berdepan Krisis Kewangan Asia pada tahun 1998 lalu.

Aturan itu dilihat bukanlah penyelesaian yang mutlak susulan ekonomi dan sistem kewangan negara ketika ini adalah pada kedudukan yang lebih baik berdasarkan pasaran global. Malah cadangan itu sekadar menyebabkan Malaysia kehilangan kebebasan pada dasar monetari dan perlu mengikut kadar faedah mata wang menambaht ringgit.

Sekiranya negara ingin melaksanakan langkah, maka jika ringgit ditambat dengan dolar AS – maka negara perlu naikkan kadar faedah kita selari dengan kadar faedah di AS. Ia sekaligus meningkatkan lagi tekanan kepada kos pembiayaan kepada rakyat Malaysia.

Senario itu secara langsung akan mendesak Bank Negara Malaysia (BNM) melaras naik Kadar Dasar Semalaman (OPR) ke ambang yang lebih tinggi – iaitu sama seperti AS lebihi 5%.

Menjawab persoalan ketika sesi Parlimen itu, Kementerian Kewangan (MOF) melihat pelbagai aspek perlu diambilkira. Tindakan menambat ringgit tidak sekadar menjadikan paras OPR lebih tinggi bahkan aturan itu berupaya mempengaruhi sentimen pelabur yang berpotensi menjejaskan aliran modal negara.