Artikel

Kerajaan Akan Perkenal Kad Diskaun Khas Khusus Untuk Peniaga Menu Rahmah

Kerajaan bakal memperkenalkan penawaran sebuah kad diskau khas untuk peniaga yang menawarkan menu rahmah. Kad diskaun khas ini dijangka diperkenal seawal esok, 2 November 2023.

Dengan adanya kad diskaun khas ini, peniaga berkenaan boleh membeli bahan-bahan mentah pada harga lebih murah berbanding kebiasaan. Kad diskaun ini akan melibatkan penggunaan di enam pasar raya buat permulaan.

Sebelum ini, inisiatif Menu Rahmah telah diperkenalkan pada 31 Januari 2023, mengalakkan kafe dan kedai makan menawarkan sajian makanan pada harga RM5 atau lebih rendah. Sejumlah peniaga mengambil bahagian melaluinya, dan kini dalam meringankan perbelanjaan peniaga berkenaan, kad diskaun khas akan diperkenalkan.

Info lanjut berkenaan kad diskaun berkenaan dijangka akan dikongsikan esok, 2 November.