Artikel

Grab Perkenal Mesin RVM Di Lembah Klang – Bantu Capai Sifar Sisa Pembungkusan Menjelang 2040

Seiring agenda menamatkan sisa pembungkusan plastik di negara menjelang 2040 kelak – Grab kini perluas usaha kelestarian mereka dengan melancarkan 18 buah RVM – Reverse Vending Machines yang digerakkan sokongan kecerdasan buatan (AI) di sekitar Lembah Klang. 

Aturan bersama pemain industri Klean, F&N dan MRANTI sekaligus akan membantu penduduk Malaysia memperkasakan lagi langkah mengitar semula pada persekitaran negara. Inisiatif tersebut turut mendapat sokongan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim yang kini sedang meningkatkan langkah menamatkan penggunaan plastik sekali guna yang tidak terbiodegradasi. 

Pada pengenalan mesin layan diri tersebut, ia membolehkan para pengguna mengitar semula bahan seperti bekas makanan plastik, tin aluminium serta botol Polyyethylene terephthalate (PET). 

Di maklumkan projek rintis ini akan beroperasi selama 6 bulan dan segala perolehan sisa akan dikumpulkan di bawah Asasrama Sdn Bhd selaku firma pemproses yang diiktiraf. Menerusi usaha itu ini turut akan membantu industri menghasilkan produk inovasi yang lain seperti pakaian, perabot berasaskan kumpulan sisa sedemikian.

Ini senarai lokasi mesin layan diri RVM GRAB yang tersedia dan bakal tersedia buat kemudahan pengguna :

    • Stesen KL Sentral, Kuala Lumpur
    • KL Convention Centre – Tingkat Bawah, Kuala Lumpur
    • Ridge Residence, KL East Gallery, Kuala Lumpur
    • Residensi Kuchaimas, Kuala Lumpur
    • BHPetrol Taman LTAT, Bukit Jalil
    • Lumi Tropicana, Petaling Jaya
    • Petron Bandar Utama, Bandar Utama
    • Aurora Residence @Lake Side City, Puchong,
    •  Terdapat 2 lokasi akan diumum kelak