Setakat akhir September lalu, jumlah pekerja asing di dalam negara diperhatikan telah meningkat dengan mencatatkan seramai 2,730,153 individu. Ini merangkumi pemegang Pas Lawaran Kerja Sementara aktif dengan jumlah 1,830,828 pekerja asing.
Menurut data Kementerian Sumber Manusia (KSM) selain pemegang pas tersebut – sejumlah 152,158 pekerja asing pula didapati adalah jumlahmasih belum memasuki Malaysia, diikuti 747,167 individu pula merupakan jumlah pendatang tanpa izin yang trelah berdaftar di bawah Program Rekablibrasi Tenaga Kerja 2.0 negara.
Jumlah ini dimaklumkan pada sesi Parlimen adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan tenaga kerja semasa bagi sektor sukar dan ianya tidak diisi oleh tenaga buruh tempatan. Memahami kebergantungan tersebut, kerajaan akan mempelbagaikan lagi inisiatif sokongan digital dan teknologi untuk melandaikan keperluan tersebut secara berkala.