Artikel

Lebih 3,200 Wanita Kini Sertai Program Kembali Kerjaya – Rancakkan Kapasiti Profesional

Sehingga akhir September lalu, didapati sejumlah 3,255 wanita yang sebelum ini berhenti bekerja dalam skop profesional kini telah bertindak kembali semula dalam pasaran ekonomi negara menerusi Program Kembali Kerjaya.

Insiatif di bawah TalentCorp yang membabitkan 335 syarikat ini sekaligus membantu merancakkan semula arena pasaran tenaga Malaysia dalam kalangan kumpulan wanita. Dalam akses ini, majikan akan memberi persekitaran yang seimbang buat para pekerja khususnya menyediakan manfaat pekerjaan yang lebih fleksibel buat pekerja wanita yang miliki komitmen keluarga.

Antara kemudahan lain yang turut tersebut adalah menyediakan peruntukan geran penjagaan kanak-kanak kepada kumpulan wanita yang kembali bekerja ini – di mana geran 1 bulan bersamaan 80% daripada gaji bulanan yang diinsuranskan akan diberi kepada kumpulan tersebut.

Berdasarkan usaha itu, seramai 136,800 wanita bakal menerima manfaat tersebut. Dan ini berupaya mencapai matlamat negara untuk meraih penyertaan wanita dalam sektor ekonomi sekitar 60% menjelang 2025 kelak.