Artikel

1 Bilion Penduduk Dunia Tinggalkan Kediaman Secara Rela Dan Paksa Akibat Krisis, Peralihan Ekonomi – WHO

Tahun 2023 memperlihatkan sejumlah 1 billion penduduk di seluruh dunia kini telah bertindak meninggalkan kediaman mereka secara rela atau terpaksa berikutan pelbagai faktor. Antaranya kesan konflik perdagangan, krisis peperangan, ketidaktentuan ekonomi serta perubahan iklim. 

Kesan ini mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada notis terbaharu secara langsung memperlahankan lagi tahap kesejahteraan orang awam dan merencatkan kemajuan global ke arah peningkatan pertumbuhan. 

Malah kekurangan pengetahuan penekanan kesihatan juga turut melandaikan lagi tahap kesejahteraan penduduk dan isu ini memberi kesan kepada paras produktiviti tidak hanya melibatkan kesejahteraan tetapi penghasilan sesebuah negara.

Melihat persekitaran ini, WHO menyasarkan keperluan pelaburan yang lebih besar wajar diperuntukkan oleh setiap pentadbiran negara. Khususnya mengutamakan akses perkhidmatan dan meningkatkan lagi liputan kesihatan bagi memastikan kemudahan sedemikian kekal tersedia buat penduduk negara.