Berjaya Corp kini bertindak meluaskan lagi pegangan mereka dalam Berjaya Food apabila laksana perolehan 37.25 juta saham dengan jumlah nilai RM26.59 juta.
Menurut makluman kepada Burrsa Malaysia – aturan ini sekaligus telah menjadikan jumlah keseluruhan pegangan Bcorp pada Berjaya Food adalah 57.43% berbanding sebelum ini sekitar 55.31%.
Buat pengetahuan umum, perolehan ini sekaligus meningkatkan kepentingan mereka pada saham Bfood melibatkan rangkaian Starbucks, Kenny Rogers Roasters dan Jollibean Foods di Malaysia. Secara menyeluruh pertambahan itu menjadikan permodalan pasaran mencapai RM1.33 bilion.
Malah aturan ini, dilihat berpotensi membantu mengukuhkan lagi operasi BFood di mana setakat ini keuntungan bersih BFood telah jatuh 16% kepada RM103.41 juta bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2023 lalu. Situasi ini berlaku kesan tekanan inflasi dan kadar pertukaran asingi yang mengakibatkan kos operasi kumpulan lebih tinggi.