Suku keempat tahun ini dijangka berupaya memperlihatkan paras minyak global sekitar $90 setong berikutan pertumbuhan beberapa negara maju yang lebih perlahan telah mengurangkan aliran permintaan pasaran. Akan tetapi, paras harga itu disasar berpotensi melonjak lagi kesan konflik Timur Tengah yang berlaku antara Palestine-Israel.
Apa yang membimbangkan situasi ini turut berupaya memberi kejutan harga kepada bekalan mentah yang lain termasuklah menjejaskan hasil pertanian.
Jangkaan Bank Dunia pada laporan AFP ini didasari akan faktor ekonomi semasa. Di mana kebanyakan potensi kenaikan harga akan bergantung kepada situasi semasa ke atas harga minyak dan aliran eksport dunia. Buat masa ini, untuk jangkaan optimis – harga minyak boleh naik antara 3% sehingga 13% mencapai $93 hingga $102 setong.
Sementara jangkaan sederhana pula harga minyak dunia boleh mencapai $121 diikuti jangkaan terburuk pula harga minyak dunia boleh mencecag sehingga $157. Angka sedemikian menjadikan ia lebihi paras tertinggi sejak rekod 2008.