Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sepertimana yang dijanjikan Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada Jun lalu memaklumkan, tajaan biasiswa buat penuntut perubatan negara akan kekal diteruskan. Ini meliputi pelajar perubadan, pergigian dan farmasi.
Lanjutan usaha ini menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) pada sidang Parlimen akan dilaksanakan selagi mana terdapat keperluan guna tenaga pegawai perubatan pada perkhidmatan kesihatan negara. Lebih terperinci, ia tertakluk kepada kajian dan unjuran yang dilaraskan oleh KKM.
Sementara itu, berhubung semakan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam pula, didapati sekitar 40,422 responden telah turut serta dengan memberi pandangan berjumlah 97,706 usul kepada negara dalam menambahbaik sistem persaraan negara. Melalui aturan itu dijangka penyelesaian dapat dicapai pada akhir 2023 ini dengan penyelesaian libat urus bersama 3 negeri lain iaitu Sabah, Sarawak dan Johor.
Melalui aturan itu, semakan sistem pencen tersebut akan dipercepat dengan pertimbangkan cadangan awam berhubung pembangunan persaraan awam kalangan penjawat negara.