Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) disarankan untuk mewujudkan subjek kewangan dan keusahawan pada sektor pendidikan negara kelak terutamanya pada silibus di peringkat sekolah menengah. Cadangan yang bakal disyorkan Kementerian Kewangan (MOF) ini bertujuan untuk membantu para pelajar negara meningkatkan tahap literasi kewangan mereka di peringkat awal lagi.
Aturan ini menurut MOF sekaligus akan membantu sektor pendidikan negara, memupuk minat ekonomi dalam kemahiran pelajar dan ia akan merancakkan arena keusahawanan di Malaysia secara berkala.
Namun untuk peringkat awal, MOF akan laksana kajian awal bersama jawatankuasa Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN) yang libatkan Bank Negara Malaysia (BNM), KPM dan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk memahami penerapan pengenalan subjek tersebut sebelum direalisasikan.
Jelas MOF lagi, pemilihan tahap sekolah menengah ini didasari berlandaskan kadar lepasan SPM yang melibatkan 500,000 pelajar setiap tahun. Ia secara langsung membantu mempersiapkan para pelajar akan keperluan asas ekonomi dan membantu mereka menghindari dari telibat sebarang isu penipuan kewangan. Daripada jumlah itu, hanya 40% melanjutkan pelajaran ke STPM, diploma, ijazah dan pendidikan lebih tinggi.
Ini secara langsung menunjukkan terdapat 60% pelajar negara daripada jumlah itu hanya memiliki kelulusan SPM sahaja. Maka usaha subjek kewangan ini wajar dipertimbangkan demi pendidikan kewangan di masa hadapan.