Artikel

Subsidi Ayam Ditamatkan Mulai 1 November Ini, Sementara Subsidi Telur Dikekalkan

Bertepatan dengan aturan Belanjawan 2024, pentadbiran kini mengumumkan akan tamatkan sepenuhnya harga subsidi dan kawalan harga bagi ayam sahaja mulai 1 November 2023 kelak. Sementara subsidi dan kawalan harga telur ayam bagi gred A, B dan C pula kekal dilaksanakan berdasarkan pendekatan sedia kala.

Langkah ini menurut Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan pada sidang pagi tadi adalah selaras dengan usaha negara untuk kurangkan isu ketirisan berikutann manfaat subsidi tersebut dipelopori oleh warga asing dan golongan berpendapatan tinggi. Agenda itu sekaligus akan meningkatkan lagi kemampanan industri pengeluaran ayam tempatan dan turut membantu kerajaan tingkatkan juga inisiatif sosioekonomi serta kebajikan buat golongan rakyat yang benar-benar memerlukan.

Setakat ini, pendekatan penamatan subsidi harga ayam telah mengambilkira semua perkara termasuklah permintaan semasa dan kos di ladang mahupun proses pengeluaran ayam. Pentadbiran menjamin akan memastikan jualan ayam akan diapungkan dan berada pada kadar yang munasabah.

Secara menyeluruh, kerajaan telahpun menanggung sejumlah RM3.8 bilion sejakĀ  Februari lalu bagi menampung keperluan subsidi telur dan ayam untuk pasaran Malaysia. Maka melalui penamatan subsidi ayam secara pukal ini dilihat akan memberi penjimatan berganda buat negara dan berupaya melanjutkan dana tersebut untuk kemudahan tunai rakyat pada kemudahan lain.