Senada dengan usaha Malaysia untuk meningkatkan aliran nirtunai (tanpa tunai) di seluruh negara, ternyata sektor perkhidmatan awam di Malaysia kini telah mencapai kadar penebusan nirtunai sekitar 81.3% setakat tahun ini dan berupaya meningkat 90% menjelang 2025 kelak.
Prestasi ini menurut Payments Network Malaysia (PayNet) pada sidang Cashless Boleh 3.0 telah memaparkan peningkatan yang ketara pada sektor awam iaitu lebih 22% di peringkat persekutuan dan 58.8% di peringkat negeri sejak penerapan digital pada 2021, diikuti hanya 59% penerapan nirtunai telah diraih pada tahun 2019 lalu.
Maka lonjakan ini secara langsung memberi kelebihan pertumbuhan kepada semua pihak dan negeri. Antara yang menarik, berdasarkan pertumbuhan negeri didapati Selangor dan Pulau Pinang menjadi negeri yang keterdepan dalam inisiatif nirtunai ini – di mana Kerajaan Negeri Selangor dan Pulau Pinang telah berjaya melepasi 80% penembusan pembayaran digital untuk akses pengguna.
Sementara mengikut khidmat kementerian dan jabatan pula didapati PTPTN, KPKT, MITI, Jabatan Imigresen, MARA, Mahkamah Persekutuan, PERKESO dan KWSP dimaklumkan telah menyedia inisiatif nirtunai sepenuhnya pada operasi mereka di seluruh Malaysia.
Melalui pemerkasa ini, PayNet dan Kementerian Kewangan (MOF) terus optimis untuk meluaskan jejak akses digital di seluruh negara. Matlamat ini tidak hanya didasari berasaskan segmen kewangan semata namun turut merangkumi akses digital di peringkat dokumentasi.
Aturan itu sekaligus menuntut semua pihak memacu pelbagai kemudahan tidak hanya teknologi bahkan capaian internet, bekalan utiliti dan literasi kewangan digital yang lebih meluaskan di masa hadapan.