Artikel

BNM : 1 Daripada 3 Rakyat Malaysia Didapati Kongsi Kata Laluan Perbankan

Lebih 70% penduduk di Malaysia masih tidak menitikberatkan faktor keselamatan ketika laksana urusan di platform kewangan digital. Antaranya didapati 1 daripada 3 rakyat Malaysia berkongsikan kata laluan perbankan mereka.

Risiko ini menurut Bank Negara Malaysia (BNM) pada sidang Karnival Celik Kewangan Sempena Bulan Literasi Kewangan minggu lalu melalui Timbalan Gabenor Adnan Zaylani sekaligus mendedahkan para pengguna ke arah aktiviti penipuan. 

Ini disokong lagi dengan data tinjauan Bank Dunia, setakat 2021 sekitar 79% rakyat Malaysia menggunakan perkhidmatan kewangan digital pada 2021 dengan 45% menggunakannya buat kali pertama. Maka ancaman kewangan ini harus diutamakan untuk memastikan faktor keselamatan pengguna terus terpelihara. 

Pada usaha tersebut sejak tahun lalu BNM telah meningkatkan celik kewangan digital di bawah FEN (Jaringan Pendidikan Kewangan). Untuk makluman perluasan inisiatif tidak sekadar melibatkan institusi kewangan sahaja tetapi turut merangkumi pendidikan kewangan menyeluruh di Malaysia secara berperingkat. Namun perlu diakui usaha ini masih diperingkat sederhana dan akan terus diperluas secara berkala.