Artikel

Hampir 50% Rakyat Malaysia Sukar Sedia RM1,000 Untuk Kecemasan – Bank Negara 

Masih ramai rakyat negara yang bergelut dengan kesukaran – apabila melibatkan wang kecemasan. Setakat ini, hampir 50% rakyat Malaysia sukar untuk sediakan RM1,000 untuk tujuan tersebut.

Pengamatan Bank Negara Malaysia (BNM) ini didasari berasaskan tinjauan Rangkuman dan Keupayaan Kewangan yang dijalankan sejak 2015. Meskipun tahap pengetahuan kewangan penduduk negara semakin meningkat namun kesedaran berhubung kepentingan kecemasa yang lagi rendah. Antaranya 1 per 3 rakyat kekal tidak berminat akan faedah disebalik insurans dan takaful.

Lebih membimbangkan, walaupun rakyat telah mula sedari keperluan pendidikan kewangan untuk membantu aliran tunai mereka – namun ia masih tidak seiring dengan sikap dan amalan pengurusan kewangan semasa mereka. Ini disokong mengikut Statistik Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK) yang menunjukkan ramai pihak perlu berhutang untuk penuhi tuntutan kecemasan.

Gabenor BNM, Abdul Rasheed turut dapati situasi ini tidak sekadar menyentuh kumpulan pendapatan rendah sahaja. Bahkan kumpulan berpendapatan pertengahan M40 juga turut antara berdepan kesukaran dengan beban hutang, walaupun perolehan mereka lebih seimbang.