Jumlah perdagangan Malaysia kini mencatatkan nilai sekitar RM244.4 bilion, namun prestasi ekpsort diperhatikan telah alami penurunan 13.7% kepada RM124.5 bilion kesan permintaan yang lebih perlahan berlaku pada aliran eksport domestik.
Penurunan ini mengikut data DOSM, dipengaruhi aliran eksport yang lebih rendah di kebanyakan negeri antaranya Johor (-RM6.7 bilion), Pulau Pinang (-RM4.8 bilion), Sarawak (-RM3.8 bilion), Selangor (-RM3.1 bilion), Labuan (-RM1.6 bilion), Sabah (-RM983.3 juta), Perak (-RM537.9 juta), Terengganu (-RM524.4 juta), Melaka (-RM404.6 juta), Pahang (-RM306.4 juta), Perlis (-RM25.5 juta) dan Kelantan (-RM12.0 juta).
Sementara 3 negeri lain pula memperlihatkan peningkatan nilai ekpoort pada September 2023 lalu dengan Kedah (RM1.9 bilion), KL (+RM961.1 juta) dan Negeri Sembilan (+RM81.9 juta).
Namun berbeza pula dengan 5 negeri ini, meskipun ada antaranya alami penurunan prestasi eksport tetapi ia kekal menjadi peneraju dalam aliran eksport di Malaysia dengan Pulau Pinang kekal selaku pengeksport utama (34.6%), Johor (19.3%), Selangor (17.1%), Sarawak (6.8%) dan Kedah (5.0%).
Selain eksport, aliran prestasi import juga turut menurun apabila menurun RM12.5 bilion (-11.1%) setakat September 2023.