Artikel

MOF : Bank Kesan 455 Penipuan Permohonan Pinjaman Bernilai RM5.6 Juta – Sepanjang 2023

Sepanjang tahun 2023 ini, didapati terdapat 455 jumlah penipuan permohonan pinjaman direkodkan, dikesan oleh bank komersial negara. Jumlah sedemikian menurut Kementerian Kewangan (MOF) berupaya membawa nilai kerugian sebanyak RM5.6 juta sekiranya tidak dibendung.

Bagaimanapun, hasil kecekapan semakan – perbankan berjaya menyekat pengeluaran majoriti permohonan pinjaman, melalui 455 permohonan yang diterima, pengeluaran hanya berjaya dibuat ke atas 50 pinjaman sahaja dengan jumlah kerugian sebanyak RM268,574.

Berdasarkan jumlah itu, pihak perbankan telah bertindak untuk menyerap kos kerugian tersebut dan tidak mengenakan caj ke atas pelanggan yang menjadi mangsa susulan maklumat mereka digunapakai pada aktiviti penipuan tersebut.

Untuk makluman permohonan pinjaman ini meliputi pinjaman seperti perumahan, kenderaan, perniagaan kecil sederhana (PKS) dan pinjaman peribadi.