Artikel

Sultan Johor Dipilih Selaku YDP Agong Ke-17 – Berkuat Kuasa 31 Januari 2024

Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor kini dipilih selaku Yang di-Pertuan Agong ke-17 negara bagi tempoh 5 tahun. Pemilihan ini akan berkuat kuasa mulai 31 Januari 2024 kelak.

Melalui pemilihan ini, ia secara langsung akan menggantikan peranan Al-Sultan Abdullah Ri’ayayuddin Al-Mustafa Billah Shah – yang dijangka akan menamatkan tempoh pemerintahan pada 30 Januari 2024.

Makluman pada kenyataan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad ini didasari berasaskan pemilihan yang dilaksanakan pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-263 di Istana Negara pada hari ini (27 Oktober).

Pada kesepakatan itu, untuk peranan Timbalan YDP Agong pula, majlis telah bersetuju memilih Sultan Nazrin Shah-Sultan Perak bagi tempoh yang sama.