Kos barang di peringkat pengeluar yang disemak di pintu kilang berdasarkan Indeks Harga Pengeluar Malaysia (IHPR) Pengeluaran Tempatan – kini menunjukkan kos mulai meningkat 0.2% pada September 2023 berbanding -2.2% (Ogos 2023).
Kenaikan ini menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) disusuli peningkatan dalam semua sektor kecuali Pembuatan. Sebagai perincian Sektor pertanian, perhutanan & perikanan meningkat 3.2% (Ogos 2023: -1.0%) disebabkan oleh peningkatan dalam pengeluaran ternakan (5.7%) dan penanaman tanaman kekal (3.3%).
Pada masa yang sama, sektorperlombongan turut meningkat sebanyak 6.9% selepas mencatatkan -3.8% pada bulan sebelumnya, disokong oleh pengekstrakan petroleum mentah (8.1%) dan pengekstrakan gas asli (2.7%). Sementara kedua-dua sektor utiliti mencatatkan peningkatan, iaitu sektor bekalan elektrik & gas meningkat 0.5% dan bekalan air meningkat sebanyak 0.9%.
Manakala sektor pembuatan pula menurun -0.8% disebabkan penurunan dalam produk petroleum bertapis -7.1% dan produk makanan pula -5.3%.
Secara menyeluruh, selain Malaysia beberapa negara terpilih juga turut perlihatkan kenaikan kos di peringkat pengeluar dengan AS (2.2%), China (-2.5%), Thailand (-1.8%), Korea (1.3%). Sementara Jerman pula terus perlihat penurunan kepada -14.7% dan Jepun 2.0%.
