Artikel

Selangor Perkenal MamaKerja – Beri Insentif RM1,000 Kepada Ibu Bekerja

Untuk menyeimbangkan tekanan kos semasa, Selangor kini tampil dengan usaha baharu melalui pengenalan insentif MamaKerja – yang menawarkan insentif RM1,000 buat wanita bekerja yang memiliki 3 anak berusia 12 tahun ke bawah.

Insentif Mama Kerja  yang menerima peruntukan RM5 juta ini sekaligus akan memberi manfaat, dengan meringankan bebanan kos seramai 5,000 wanita di seluruh negeri Selangor.

Agenda ini sekaligus akan membuka peluang kepada kumpulan ibu untuk meraih penjimatan dalam perbelanjaan kos penjagaan anak mereka ke pusat pendidikan dan penjagaan. Buat pengetahuan umum, kriteria insentif ini antaranya adalah layak untuk isi rumah berpendapatan sebanyak RM8,000 sebulan ke bawah dan bukannya terdiri daripada penerima insentif ASUH PINTAR, BINGKAS atau TUNAS.

Malah ia juga tersedia tidak hanya rakyat yang lahir di Selangor tetapi turut terbuka kepada rakyat Selangor yang telah bermastautin lebihi 10 tahun serta mengundi di Selangor.

Untuk makluman, pendaftaran insentif ini akan dibuka  mulai 1 November dan para penduduk yang terlibat boleh layari pautan Mama Kerja – Selangor untuk perincian lanjut.