Artikel

Mulai 31 Oktober – Maybank Maklum Pengaktifan Baharu Secure2U, Perlu Dilaksana Di ATM Maybank

Bermula 31 Oktober kelak, semua pengaktifan Secure2u untuk kali pertama dan pengaktifan Secure2u untuk peranti pintar baharu – dimaklumkan pengguna perlu mengaktifkan ia di mana-mana ATM Maybank.

Tindakan pengesahan tambahan di ATM ini adalah bertujuan unutk tingkatkan langkah keselamatan privasi para pengguna Maybank selari dengan gagasan Bank Negara Malaysia (BNM).

Untuk memudahkan pengguna yang berkaitan, pendaftaran Secure2u perlu dilaksana terlebih dahulu di aplikasi MAE dan selanjutnya pengguna akan meraih notifikasi yang meminta pengguna untuk aktifkan Secure2u aplikasi di mana-mana ATM Maybank dalam tempoh 30 hari.

Sekiranya pengguna terlepas tempoh 30 hari pengaktifan Secure2u di mesin ATM Maybank ini – maka pengguna perlu melaksanakan semula proses pendaftaran Secure2u dari peringkat awal.

Oleh itu, para pengguna diingatkan untuk mengerakan tindakan pengaktifan ini dan diingatkan untuk membawa bersama kad debit, kad kredit atau caj ke ATM Maybank sewaktu proses pengaktifan di mesin kewangan tersebut dilaksanakan. Setelah menyelesai proses tersebut maka, dalam tempoh 12 jam para pengguna boleh menggunakan Secure2u untuk pengesahan transaksi.

Untuk makluman, tindakan ini hanya terpakai buat kumpulan pengguna yang bertukar peranti baharu sahaja – bermula 31 Oktober 2023 ke atas kelak. Bagi mana-mana pengguna Maybank yang telahpun mengaktifkan Secure2U pada aplikasi MAE ini, tidak perlu khuatir, makluman ini tidak menjejaskan sebarang transaksi anda.