Menyertai arena inap desa bukanlah suatu pekara yang mudah, khususnya ketika kumpulan hos (tuan rumah) perlu berdepan dengan pelanggan yang sukar mematuhi peraturan yang ditetapkan – senario ini sekaligus menuntut Airbnb memperkasakan sistem perisian tempahan penginapan mereka dengan sokongan kecerdasan buatan (AI) untuk menapis kumpulan pelanggan tersebut.
Adanya penambahan sokongan AI ini, pengguna Airbnb diseluruh negara akan meraih pelbagai sesi tapisan tempahan yang lebih terperinci – tidaknya memerlukan pilihan lokasi atau konsep penginapan tetapi turut memerlukan pengguna melampirkan tujuan keperluan penginapan. Dan setiap maklumat akan didasari berasaskan tempoh tempahan tersebut dibuat. Ini bermakna ia akan lebih terperinci tatkala ketika musim percutian sesebuah negara.
Sekiranya didapati keperluan penginapan cenderung melaksanakan aktiviti yang tidak dibenarkan – maka Airbnb akan mencadangkan tempahan penginapan dilaksana bersama rakan kongsi mereka antaranya melibatkan khidmat hotel berdekatan. Aturan ini adalah sebagai tindak-balas Airbnb untuk menjaga hak penyewa dan langkah jaminan keselamatan semua pihak pada kualiti perkhidmatan mereka.
Buat pengetahuan umum, ini bukanlah usaha pertama Airbnb dalam melarang pengguna menjadikan khidmat mereka sebagai lokasi berparti. Larangan parti dan acara ini telahpun digariskann sejak Ogos 2022 lagi – berikutan aturan itu, ia telah berjaya menurunkan aduan laporan berkaitan larangan sebanyak 55% dari tahun ke tahun. Usaha ini telah disambut baik oleh kumpulan hos, komuniti dan pegawai kediaman penginapan.
Maka menerusi laporan BBC tersebut sokongan AI ini dijangka menggandakan lagi usaha Airbnb pada aspek perlindungan buat semua hos dan pelanggan mereka secara berperingkat termasuklah perolehan data minat pengguna ketika melancong.