PADU, sistem Pangkalan Data Utama yang kelak bakal menyokong negara melaksanakan pelan subsidi bersasar – kini perlihatkan tahap kemajuan sistem sekitar 72%, di mana dijangka ia akan diuji dalam tempoh 2 bulan iaitu November sehingga Disember 2023.
Makluman Kementerian Ekonomi ini menjelaskan sistem PADU berpotensi dilancarkan pada Januari 2024 – Mac 2024 dan akan dibuka kepada rakyat Malaysia untuk tindakan mengemaskini maklumat lebih terperinci dalam sistem tersebut.
Berdasarkan perkongsian lanjut, pembangunan sistem ini adalah melibatkan agensi utama negara antaranya Jabatan Perangkaan Malaysia, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia. Pihaknya turut menjelaskan segala usaha pembangunan sistem yang telah diimula sejak Jun 2023 ini adalah menggunakan kepakaran penjawat awam tanpa melibatkan lantikan perunding luar.