Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kini menerusi pelaksanaan Sistem Tapisan Keselamatan Warganegara memaklumkan tempoh memproses permohonan kewarganegaraan telah dikurangkan daripada 73 hari kepada 14 hari.
Langkah itu bertujuan meningkatkan kecekapan sistem pendaftaran negara, di mana sistem tersebut telah jalani proses percubaan sejak 2 bulan lalu dan ia turut mendapat kerjasama pembangunan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Menerusi pengurangan tempoh pemprosesan itu, ia akan memperlihatkan aturan penyerahan dokumentasi akan dilaksanakan secara atas talian dan tempoh pengesahan juga akan menjadi lebih pantas – tidak seperti sebelum ini yang menuntut JPN untuk menyerah dokumentasi secara bercetak kepada pihak PDRM bagi proses pengesahan sebelum meluluskan atau menolak permohonan.