Artikel

Kerajaan Jimat RM2.35 Juta Setahun – Hasil Strukturkan Kementerian Wilayah Persekutuan Kepada Jabatan 

Seperti yang umum ketahui, pada akhir 2022 lalu pentadbiran negara telah bertindak menstrukturkan semula Kementerian Wilayah Persekutuan kepada Jabatan Wilayah Persekutuan. Di mana peranan tersebut telah ditempatkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Hasil tindakan tersebut, ternyata memberikan penjimatan perbelanjaan kepada kerajaan persekutuan apabila berupaya memberi pengurangan komitmen bayaran emolumen (bayaran, gaji) sebanyak RM2,358,912.61 juta setahun.

Perkongsian angka ini pada sesi Parlimen menjelaskan, pentadbiran negara tidak miliki sebarang masalah operasi kesan daripada perubahan status kementerian tersebut kepada jabatan. Ini kerana segala peranan dan prinsip kepentingan telah diletakkan di bawah JPM melalui Perintah Menteri-Menteri Persekutuan 2023 yang telahpun diwartakan pada 20 Januari 2023 lalu.

Maka segala aspek perancangan, penyelarasan, pemantauan dan penetapan dasar kekal diteruskan oleh JWP dari semasa ke semasa.