Artikel

Nestlé Rancang Tutup Kilang Susu Formula Di Ireland – Kesan Kadar Kelahiran China Semakin Merosot

Nestlé kini miliki rancangan untuk menutup kilang susu formula bayinya di Askeaton, Ireland – menjelang suku pertama 2026, susulan terkesan penurunan kadar kelahiran yang sedang berlaku di China ketika ini. Buat pengetahuan umum, fasiliti tersebut memberi tumpuan pada permintaan produk susu formula untuk pasaran di China dan serantau Asia. 

Menurut notis rasmi Nestlé, ketika ini pasaran memperlihatkan berlakunya penurunan permintaan susu formula di China – di mana jumlah bayi yang lahir China telah menurun secara mendadak daripada sekitar 18 juta byi setahun (2016) kini kepada kurang daripada 9 juta yang dianggarkan pada tahun 2023. 

Meskipun alami kesan itu, permintaan eksport ke pasaran Asia kekal tersedia dan Nestlé memaklumkan kemudahan pada gudang Ireland ini akan dipindakan kepada 2 pengeluar sedia ada iaitu di China dan Switzerland untuk menampung permintaan operasi. 

Selain kilang pembuatan susu formula, bahagian penyelidikan dan pembangunan (R&D) turut dijangka akan ditutup.

Tindakan ini bagaimanapun akan memberi kesan langsung kepada pekerja, dijangka seramai 542 pekerja bakal terkesan dan difahamkan proses rundingan pampasan akan dilaksanakan kelak. Ketika ini, seramai 491 pekerja bertugas di segmen kilang dan 51 pekerja lagi di bahagian R&D.

Pada langkah itu, Nestlé memaklumkan pihaknya terbuka akan penyertaan pemain industri untuk mengambil-alih fasiliti tersebut dan sekiranya tiada pihak yang berpotensi maka perancangan penutupan akan diteruskan.