Artikel

myTukar Sasar Jualan 6,000 Unit Kenderaan Sebulan Pada 2024 

myTukar, platform jual-beli kenderaan terpakai secara atas talian kini terus meningkatkan operasi mereka apabila menyasarkan ingin meraih jualan sebanyak 6,000 unit kenderaan sebulan menjelang tahun 2024.

Matlamat ini didasari berasaskan prestasi jualan yang semakin membrangsangkan iaitu pada tahun 2022 dengan jualan 3,000 unit kenderaan setiap bulan dan setakat September 2023 lalu – myTukar berjaya meraih jumlah jualan bulanan sebanyak 4,300 unit kenderaan. Malah sokongan penjenamaan semula bersama Carro Care turut meningkatkan lagi potensi mencapai sasaran tersebut.

Selanjutnya, myTukar turut mempelbagaikan faedah khidmat mereka dengan penyediaan akses insurans buat kemudahan para pelanggan. Sehingga kini terdapat 6 syarikat insurans telah menghantar sebut harga dan bakal tersedia pada platform myTukar. Usaha ini secara langsung memberi jaminan perlindungan kepada pengguna kenderaan di masa hadapan.

Secara menyeluruh, myTukar kini miliki lebih 25 buah pusat pameran bersama peruncitan di seluruh Malaysia dan akan bertindak menjenamakan semula 14 pusat bengkel serta pengubahsuaian di Asia Tenggara kepada Carro Care mulai tahun 2024 dengan jangkaan sebanyak 2,800 kereta bakal diselenggara setiap bulan.