Artikel

Sri Lanka Kini Beri Pengecualian Fi Visa Pelancong Buat 7 Negara – Termasuk Malaysia 

Untuk merancakkan lagi arena pelancongan antarabangsa, Sri Lanka kini mengumumkan melulus pengecualian fi visa serta-merta ke atas 7 buah negara – ia melibatkan Malaysia, diikuti India, China, Rusia, Jepun, Indonesia dan Thailand.

Pengecualian ini menurut kerajaan Sri Lanka berkuat kuasa sehingga 31 Mac 2024 kelak.

Menerusi aturan ini ia secara langsung akan melonjakkan semula sektor pelancongan mereka dan berupaya memenuhi sasaran kemasukan 5 juta pelancong asing pada setiap tahun.