Artikel

Pengenaan Cukai Ke Atas Bilionwan – Berupaya Bantu Dunia Raih $250 Bilion Setiap Tahun

Dunia sewajarnya perlu menekan kumpulan bilionwan dengan mengenakan cukai minimum global yang setimpal – menerusi aturan itu, dijangka ia berupaya menjana kutipan sejumlah $250 bilion pada setiap tahun.

Saranan badan Pemerhati Cukai Kesatuan Eropah (EU) di bawah anjuran Paris School of Economics ini adalah bertujuan meningkatkan lagi manfaat buat dana sokongan masyarakat awam dunia. Ini kerana cadangan tersebut hanya mewakili 2% sahaja daripada hampir $13 trilion kekayaan yang dimiliki oleh 2,700 jutawan seluruh dunia.

Tindakan ini turut mendapat sokongan berlandaskan data Laporan Pengelakan Cukai Global 2024 – apabila pengenaan cukai peribadi bilionwan dilihat masih lebih rendah dibandingkan dengan jumlah kekayaan mereka yang tidak diisytihar.

Untuk makluman, ini bukanlah gesaan kali pertama dilaksanakan, tahun lalu terdapat pelbagai badan amal antarabangsa menyuarakan saranan yang sama untuk membantu dunia mengimbangi ketirisan ekonomi disebabkan kesan pandemik.

Tidak hanya itu, selain cadangan cukai ke atas golongan terkaya ini – usul cukai keuntungan lebih bagi perolehan tinggi ke atas syarikat gergasi juga turut diketengahkan untuk membantu meningkatkan lagi sokongan dana global. Dan pada aturan itu, untuk Malaysia – kerajaan memaklumkan akan melaksanakan tindakan tersebut ke atas syarikat yang berpendapatan 750 juta euro mulai 2025 kelak.

Menerusi aturan, ia tidak sekadar menggalakaan kumpulan kaya melunaskan tanggungjawab percukaian mereka tetapi turut membantu perkembangan pembangunan negara.