Artikel

Singapura Perkenal Peraturan, Beri Waktu Rehat Wajib Buat Pekerja Bertugas Di Luar – Ketika Cuaca Terlalu Panas

Bagi memastikan tahap kesihatan kumpulan pekerja terus dipelihara, Singapura melalui Kementerian Tenaga Manusia (MOM) kini perkenalkan aturan baharu – beri rehat wajib kepada pekerja yang bertugas di luar, untuk lindungi daripada risiko strok haba.

Keperluan ini dilaksanakan ke atas pekerja yang terlibat dalam kegiatan fizikal berat, di mana waktu rehat wajib sekurang-kuranganya selama 10 minit bagi setiap jam bekerja perlu diberikan sekiranya cuaca pada ketika itu mencecah atau melebihi paras 32 darjah Celcius yang mampu menjejaskan tahap kesihatan pekerja.

Melalui sokongan usaha ini, Singapura mewajibkan setiap tapak pembinaan untuk memasang meter Wet Bulb Globe Temperature (WBGT) untuk mengukur tahap haba secara masa nyata. Pelaksanaan itu berkuat kuasa mulai 1 Januari 2024 kelak. Adanya usaha ini, ia tidak sekadar meningkatkan kebajikan pekerja bahkan tahap produktiviti turut akan meningkat dari semasa ke semasa.