Ketika ini sekitar 71% pengguna di Malaysia dan 82% di Asia Tenggara akui – kumpulan pempengaruh dan artis telah memberi impak kepada mereka ketika laksana pembelian barangan secara atas talian mahupun kedai fizikal.
Mengikut tinjauan Pembelian Pengguna di Asia Tenggara – Cube Asia dan Impact ini, didapati pasaran atas talian di Malaysia menunjukkan kumpulan pempengaruh yang miliki pengikut lebih 1 juta berupaya mempengaruhi cara pengguna berbelanja apabila 59% responden akui akan menjadikan pempangaruh ini sebagai rujukan sebelum laksana pembelian.
Antara kategori pembelian yang dilaksakanakn berdasarkan cadangan pempengaruh dan selebriti adalah pakaian (65%), barangan kosmetik (61%), makanan (41%) dan peranti pintar (36%).
Sementara mengikut platform pula, di Malaysia platform media sosial yang diperhatikan turut memperluaskan lagi pengaruh jenama adalah 84% responden akui gemar melayari YouTube, diikuti Facebook (83%), TikTok (79%), Instagram (71%), X (45%) dan LinkedIn (25%). Menerusi penguasaan platform, ia sekaligus turut menjadi tapak kepada jenama dalam mengembangkan jualan mereka.
Selain Malaysia, lonjakan pembelian yang dipengaruhi kesan populariti pempengaruh dan selebriti turut berlaku di pasaran serantau. Antaranya Singapura dan Indonesia. Secara menyeluruh tinjauan menyimpulkan arena perbelanjaan di Asia Tenggara kesan pempengaruh dan selebriti ini – akan terus melonjak sekiranya momentum ini terus kekal miliki permintaan. Di mana menjelang 2024, dijangka industri ini berpotensi mencapai nilai lebihi $2.59 bilion. Angka ini sekaligus akan terus merancakkan lagi arena jualan serantau.