Artikel

Menjelang 2026 – Bank Negara Jangka 50% Pembiayaan Baharu Bank Bakal Berciri Hijau

Sebagaimana yang disasar negara, di bawah Pelan Induk Sektor Kewangan Malaysia (PISK) 2022-2026 – dijangka separuh daripada pembiayaan baharu yang ditawarkan bank-bank di pasaran kelak akan lebih lestari melalui penerapan sokongan iklim serta aktiviti peralihan hijau.

Aturan ini menurut Bank Negara Malaysia (BNM) pada sidang Jawatankuasa Bersama Mengenai Perubahan Iklim (JC3) adalah bertujuan menyediakan struktur kewangan yang lebih kondusif, di samping mengurangkan risiko iklim. Ini kerana faktor iklim kini telah membawa kesan yang mendalam pada persekitaran ekonomi. Maka keperluan menyesuaikan aliran pembiayaan adalah tindakan wajar.

Antara langkah yang bakal dilaksanakan dengan meningkatkan pembiayaan hijau serta menyediakan strategi pengurusan kewangan berisiko yang lebih baik harus diperkasakan. Ini tidak sekadar membantu institusi kewangan menyeimbangkan perolehan tetapi membantu pemain industri meraih sokongan perlindungan yang lebih cekap.