Menjelang penarafan Kadar Dasar Semalaman (OPR) baharu pada awal November kelak, dijangka paras OPR berpotensi kekal 3% sehingga akhir tahun ini, bahkan berpotensi kekal sehingga 6 bulan pertama tahun 2024.
Pengamatan firma penyelidikan PublicInvest ini didasari berpaksikan dasar monetari yang ketika ini menyokong ekonomi negara yang memperlihatkan kenaikan inflasi semakin perlahan dan pertumbuhan Malaysia semakin meningkat.
Walaupun OPR dijangka kekal, namun terdapat pertimbangan Keperluan Rizab Berkanun (SRR) kembali ke paras biasa 3% menjelang tahun 2024. Diikuti paras inflasi pada tahun hadapan turut dijangka lebih tinggi berbanding paras semasa 2023 (1.9%).
Keperluan ini mengikut firma adalah selaras dengan agenda Malaysia untuk laksana pemansuhan kawalan harga pada segelintir bahagian, disusuli aturan pelan subsidi bersasar dan pengembangan asas cukai dalam pembangunan negara.
Akan tetapi segala aspek ini juga boleh dipengaruhi berdasarkan situasi faktor luar, antaranya melibatkan jangkaan kadar faedah global, aliran eksport serta sekatan perdagangan global. Segala isu yang berkaitan akan memberi impak kepada ekonomi Malaysia secara berperingkat. Maka pemantauan berterusan perlu dilaksanakan pentadbiran untuk memastikan pelarasan OPR tidak terus dibebani persekitaran dan pengguna dari semasa ke semasa.
Keperluan Rizab Berkanun (SRR) adalah sistem, instrumen yang digunakan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengawal kecairan dalam sistem kewangan. Erti kata mudah SRR ialah instrumen mudah tunai bukan penanda aras kepada pendirian dasar monetari. Di mana SRR adalah % wang dalam bank di BNM bagi tujuan risiko pengeluaran deposit yang besar secara tidak dijangka.
Maka sekiranya peratusan SRR ditetapkan 3% dan pendeposit miliki RM1 juta maka RM970,000 sahaja boleh digunakan bank untuk pembiayaan serta pelaburan. Sementara RM30,000 pula kekal di bawah BNM. Oleh itu, semakin rendah nisbah peratusan SRR semakin tinggi penggunaan wang deposit untuk perbankan bagi tindakan pembiayaan dan pelaburan.