Artikel

MOF : Hasil Kenaikan Cukai Perkhidmatan 8%, Akan Dikembalikan Buat Manfaat Rakyat

Tindakan cadangan melaras naik kadar cukai perkhidmatan kepada 8% berbanding 6% – ke atas beberapa perkhidmatan di negara dijamin akan memberi pulangan yang baik buat manfaat rakyat Malaysia.

Jaminan Kementerian Kewangan (MOF) ini didasari berasaskan pelbagai pandangan semua pihak dalam mereformasikan ekonomi negara. Menurut usul awal kenaikan, dijangka ia tidak akan menjejaskan kepentingan rakyat dalam beberapa skop perkhidmatan. Antaranya makanan, minuman, logistik, tempat letak kenderaan, dan telekomunikasi.

Melalui usaha ini ia akan meningkatkan kecekapan kutipan hasil – selain LHDN, negara turut optimis, sasaran penambahan kutipan hasil Kastam sebanyak RM1.5 bilion akan dapat diraih pada tahun ini. Tahun lalu sejumlah RM53.54 bilion kutipan cukai telah berjaya direkodkan pihak Kastam.

Manakala LHDN pula dijangka berpotensi raih lebihi RM175 biliion pada tahun ini, dan berupaya melonjak lagi kesan kenaikan cukai perkhidmatan dan pelaksanaan sistem e-Invois kelak.