Untuk mengelakkan berlakunya pembaziran dan ketirisan, kini semua kementerian dan jabatan telah diarahkan laksana kawalan dalam perbelanjaan awam dengan lebih berhemat dan sederhana. Tindakan ini bertujuan untuk memastikan sumber dana yang diperuntukkan kekal terpelihara dan tersedia buat keperluan pembangunan rakyat.
Makluman pekeliling di bawah Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Datuk Seri Mohd Zuki ini diperhatikan senada dengan saranan PM Anwar dalam Belanjawan 2024 untuk memperkasakan aspek penjimatan dalam pentadbiran.
Sebagai perincian setiap keraian rasmi kerajaan yang dilaksanakan perlulah dihadkan berlandaskan keperluan sahaja dan diusulkan untuk dilaksana pada premis, pusat, Insitusi Latihan Awam (ILA). Diikuti pembaziran penyediaan makan dan minum turut perlu diteliti. Selain itu bagi kos perjalanan seperti tempahan tiket penerbangan kakitangan pula – perlu laksana perbandingan harga tambang dan digalakkan tempahan meneruis kad kredit korporat.
Berdasarkan penjelasan itu, sekiranya pegawai awam gagal mematuhi peraturan kewangan yang diselaraskan – pegawai berkaitan berpotensi berdepan tindakan tegas di bawah Akta Tatacara Kewangan 1957 iaitu Seksyen 18 Akta 61.