Berikutan tular visual memperlihatkan pemasangan sebuah struktur yang seakan plaza tol di Jalan Batang Kali-Gohtong Jaya – dilaporkan tidak lama lagi kutipan tol akan dikenakan kepada kenderaan yang masuk ke Genting Highlands.
Meskipun tiada notis rasmi diumumkan, menurut laporan Sin Chew Daily – wakil Lingkaran Cekap Sdn Bhd yang bertindak selaku syarikat mengendalikan pembangunan tol tersebut, ia memaklumkan kutipan tol tersebut hanya terpakai buat kemasukan pemandu kenderaan sahaja. Ini bermakna ketika kenderaan keluar, tiada pengenaan tol dilaksanakan ia adalah pengenaan tol secara sehala.
Akan tetapi, buat masa ini tiada pengesahan rasmi akan tempoh sebenar dan jumlah kadar tol yang ingin dilaksanakan kelak. Bagaimanapun, pelaksanaan kadar tol itu akan didasari berasakan kos serta kerja penyelenggaraan yang dilaksanakan pihak Genting.