Artikel

Pelaksanaan Apungan Harga Ayam, Telur – Akan Diketahui Akhir Oktober Ini

Seiring dengan usul Belanjawan 2024 yang dibentangkan pada minggu lalu, pentadbiran kini memaklumkan akan mengumumkan pelaksanaan apungan harga ayam dan telur pada akhir bulan ini – iaitu 30 Oktober kelak. 

Buat masa ini perbincangan berhubung pelaksanaan tersebut masih dijalankan antara Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bersama pemain industri.

Di mana sebagai gambaran awal, Kementerian dalam usaha untuk memastikan pelarasan harga ayam dan telur tersebut tidak meningkat secara mendadak setelah tindakan apungan dilaksanakan kelak.

Malah ketika ini, masih tidak dapat dipastikan lagi akan tempoh pelaksanaan apungan tersebut. Meneurut kementerian langkah itu akan didasari berasaskan keperluan pasaran dan keadaan ekonomi semasa.