Artikel

Eksport Malaysia Lebihi RM1 Trilion – Sepanjang 9 Bulan 2023

Aliran eksport negara sepanjang tempoh Januari sehingga September 2023 kini menyaksikan pertumbuhan yang menarik apabila nilainya berjaya lepasi RM1 trilion dengan paras RM1.06 trilion. 

Namun rekod itu bagaimanapun dilihat 8.4% lebih rendah berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu akan tetapi prestasi eksport pada bulan September telah memaparkan peningkkatan 8.2% kepada RM124.47 bilion. Aliran ini lebih baik berbanding bulan Ogos. 

Selain eksport menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) penurunan yang sama turut berlaku ke atas aliran import dengan berkurangan 8.9% kepada RM882.24 bilion. 

Sementara lebihan dagangan pula merosot 5.7% kepada RM177.32 bilion. 

Secara menyeluruhnya pada sudut perdagangan aliran negara telah menyusut 8.6% kepada RM1.942 trilion – situasi ini berbanding dengan prestasi tahun lalu didorong kesan ketidaktentuan harga komositi serta permintaan global yang lebih perlahan telah berlaku. Maka secara langsung memperlahankan aturan negara dalam perdagangan.

Tidak hanya Malaysia, beberapa negara lain turut alami kesan yang sama disebabkan dinamik pasaran globalnya. Antaranya rakan dagang seperti Indonesia, China, Taiwan dan Korea Selatan – yang turut berdepan pertumbuhan perdagangan negatif.