Bursa Malaysia Securities kini memutuskan untuk menolak permohonan AirAsia X (AAX) bagi pelepasan daripada status PN17, iaitu Nota Amalan 17 – dan memaklumkan akan memberi lanjutan masa sehingga 17 Januari 2024 untuk tindakan penyerahan pelan penstrukturan semula operasi.
Kenyataan ini telah dikongsikan berdasarkan notis pada 18 Oktober lalu mengesahkan untuk menolak permohonan AirAsia X – yang telah dijalankan pada 20 Julai lalu. Permohonan pelepasan ini sekaligus akan mengecualikan kumpulan untuk kemukakan keperluan Pelan Cadangan Regularisasi syarikat.
Mengikut situasi itu, Bursa akan memberi pertimbangan bersama AirAsia X termasuklah sekiranya terdapat permohonan rayuan dalam tempoh terdekat. Melalui permohonan tersebut, AAX turut menuntut penarikan semula status PN17.
PN17 atau Nota Amalan (Practice Note) 17/2005 adalah aturan status ditetapkan Bursa Malaysia terhadap kumpulan syarikat yang berdepan masalah isu kewangan. Penyenaraian ini berisiko menyebabkan sesebuah syarikat terkeluar daripada papan Bursa Malaysia. Secara ringkasnya, entiti berkaitan gagal memenuhi kriteria minimum yang ditetapkan oleh Bursa Malaysia.
Untuk makluman ini antara ciri membawa kepada klasifikasi PN17;
- Dana pemegang saham syarikat kurang daripada 25% daripada jumlah modal berbayar
- Penerima telah dilantik untuk mengawal aset syarikat
- Penggulungan beberapa anak syarikat mereka dan syarikat bersekutu
- Juruaudit telah memberikan kenyataan negatif atau tidak seimbang tentang syarikat
- Tidak patuhi faedah pinjaman dan pembayaran balik hutang syarikat
- Syarikat telah menangguhkan atau menghentikan operasi
- Syarikat tidak memiliki perniagaan ataupun operasi yang signifikan
Setakat ini, AAX telah kembali merekodkan peningkatan dalam keuntungan bersih kepada RM5.54 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun lalu. Diikuti hasil pendapatan meningkat kepada RM512.91 juta berbanding rekod sebelumnya. Persekitara positif ini disokong kesan pemulihan permintaan penerbangan bersama kapasiti pesawat yang lebih tinggi berbanding sebelum ini.