Daripada senarai 108 buah negara, Malaysia menjadi kelompok 41 negara terbaik sebagi pilihan destinasi buat pekerja jarak jauh dalam pasaran pekerjaan global.
Berlandaskan tinjauan Indeks Kerja Jarak Jauh Global (GRWI), kedudukan itu didasari berasaskan prestasi negara dalam mengekalkan daya tarikan pelancongan (10), infrastruktur keselamatan siber yang tinggi (22), diikuti langkah perundangan (3).
Akan tetapi kedudukan negara kekal lebih baik berbanding Thailand (49) dan Indonesia (68). Sementara Singapura pula terus ungguli senarai dengan kedudukan ke-28 berbanding negara Asia Tenggara yang lain.
Secara menyeluruh, Denmark, Belanda, Jerman, Sepanyol dan Sweden menjadi 5 negara utama dalam pilihan bekerja secara jarak jauh di peringkat global.