Sekiranya sebelum ini, negara bersetuju untuk membuka semula pengambilan pekerja asing dalam industri gunting rambut, tukang emas dan tekstil – kini kebenaran turut dilaksanakan ke atas pengusaha taman tema di Malaysia.
Dengan membenarkan sejumlah pengambilan 2,000 pekerja asing dalam pekerjaan taman tema. Kebenaran ini menurut Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebagai langkah persediaan negara menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026 kelak.
Buat pengetahuan umum, pertimbangan ini telah dilaksana bersama Jawatakuasa Bersama Mengenai Pengurusan Pekerja Asing berasaskan permintaan Kementerian Pelancongan.
Setakat ini, terdapat 78 taman tema sedang beroperasi di seluruh Malaysia dan daripada operasi itu sejumlah 13,000 tenaga kerja telah terlibat dalam skop indsutri tersebut dan melalui pemerkasaan lanjut dimaklumkan sekitar 2,000 tenaga kerja tambahann lagi diperlukan