Isu kartel di pasaran negara bukanlah suatu isu yang baharu – kesan kegiatan ini dilihat secara langsung telah menjejaskan kawalan harga libatkan barangan keperluan asas rakyat negara, sehingga kini sebanyak 250 syarikat dimaklumkan telah dikenakan penalti kewangan melibatkan jumlah lebih RM150 juta.
Tindakan di bawah Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) itu dimaklumkan kini dilanjutkan, dengan lebih 430 syarikat masih disiasat dan disyaki turut terlibat dalam kegiatan kartel. Menurut MyCC, amalan tidak sahaja merangkumi keperluan asas rakyat tetapi melibatkan barangan dan perkhidmatan yang menjejaskan kos sara hidup rakyat.
Mengikut perkongsian Kementerian Perdagangan Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) pada sesi lisan Parlimen ini, untuk usaha jangka panjang tangani isu kartel tersebut – pihaknya akan laksana perundangan melalui pindaan baharu iaitu Akta 712 dan Akta Suruhanjaya Persaingan (Akta 713).
Ini bermakna sekiranya mana-mana syarikat didapati bersalah terlibat dalam kartel – pihak sedemikian boleh berdepan penalti kewangan sehingga 10% dari perolehan global perusahaan tersebut dan jika isu itu dikaitkan dengan perolehan kerjaan maka syarikat boleh disenaraihitam, dihalang sertai tender bersama kerjaan lagi.